Langkah-Langkah Memulakan Ternakan Cacing
1-Pemilihan Lokasi & Konsep Ternakan2-Pembinaan Infrastruktur
3-Penyediaan Bekas Ternakan & Peralatan Sokongan
4-Pengumpulan Sisa Buangan Organik
5-Proses Rawatan & Penstabilan Sisa Buangan Organik
6-Pembelian Benih Cacing
7-Pengurusan & Penjagaan
8-Penuaian Baja Vermikompos
9-Penyimpanan Baja Vermikompos
10-Pemasaran Hasil
Keperluan Asas Untuk Ternakan Cacing
Sumber Bekalan Sisa Buangan OrganikBekalan sumber sisa buangan organik yang berdekatan dengan tempat ternakan. Buat 'audit' sisa buangan di persekitaran anda.
Rumah / Bangsal & Ruang Ternakan
Tempat untuk aktiviti ternakan cacing. Tidak semestinya mempunyai ruang yang luas terutamanya penternak skala kecil. Manafaatkan ruang-ruang kosong. Ruang ternakan perlulah tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari & air hujan. Ciri-ciri keselamatan untuk mencegah musuh cacing / serangga perosak seperti ular, tikus, burung, lipas dan sebagainya.
Bekas / Sistem Ternakan
Pelbagai bekas / sistem yang boleh digunakan seperti kolah / palong, bekas plastik, bekas polisterin, bekas kayu, rak kayu bertingkat, bekas fiber dan sebagainya.
Peralatan Sokongan
Peralatan sokongan yang diperlukan untuk memudahkan aktiviti ternakan seperti penyembur air, tangki takungan air, sarung tangan, alat pengayak baja dan sebagainya.
Ruang Pengkomposan & Pemprosesan Baja
Perlu sediakan ruang untuk pengkomposan sisa buangan organik & ruang untuk pemprosesan / penyimpanan baja.
Kemudahan Asas
Kemudahan asas di tempat ternakan seperti elektrik, air, jalan raya dan sebagainya.
Ilmu Pengetahuan
Dapatkan ilmu-ilmu berkaitan sebelum memulakan ternakan seperti mendapatkan info / maklumat di internet, melawat tempat ternakan, mengikuti kursus dan sebagainya.
Modal Kewangan & Perancangan
Modal bagi memulakan aktiviti ternakan. Buat perancangan yang teliti.
Medium Bahan Makanan Ternakan Cacing
Apakah medium bahan makanan untuk ternakan cacing ?Sisa buangan organik merupakan medium bahan makanan untuk ternakan cacing. Senaraikan sisa buangan organik yang mudah diperolehi di persekitaran anda. Berikut adalah contoh bagaimana membuat 'audit' sisa buangan organik :
Dari Isi Rumah / Sisa Dapur
1-Lebihan sayuran atau sayuran rosak & kulit buah-buahan.
2-Lebihan nasi.
3-Hampas teh & kopi.
4-Kulit telur
5-Lebihan roti / roti berkulat.
6-Tisu terpakai.
7-Kertas terbuang, kertas surat khabar, bungkusan kertas & kotak.
Dari Sisa Laman / Halaman Rumah
1-Dedaun & rumput kering.
2-Buah-buahan luruh / rosak.
Dari Persekitaran Berdekatan
1-Hampas tebu, kulit pisang & dedaun / rumput kering.
2-Sisa sayuran & buah-buahan rosak dari pasar basah, kedai runcit & pasaraya.
3-Daun & batang pisang.
4-Daun & pelepah kelapa sawit.
5-Habuk kayu.
6-Jerami & sekam padi.
7-Tinja ternakan - kambing & lembu.
8-Sabut kelapa.
Bahan-bahan yang disenaraikan dikumpul setempat & dikomposkan sedikit agar menapai terlebih dahulu & tidak panas apabila dimasukkan ke dalam plot / bekas ternakan.
Semua jenis sisa buangan organik sesuai dijadikan medium bahan makanan ternakan cacing. Setiap satu perlu dirawat & distabilkan terlebih dahulu.
Ciri-Ciri Cacing Kompos
Ciri-Ciri Asas Cacing Kompos :Gemar Memakan Lapisan Atas
Sifat ini dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti ternakan di plot / bekas ternakan di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas bahan makanan / medium setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini dapat memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing & baja vermikompos semasa kerja-kerja mengutip hasil.
Selera Makan Yang Tajam
Cacing kompos dianggarkan makan mengikut berat badannya. Contohnya purata berat badannya ialah 1 kg, jadi jumlah anggaran makanan yang diperlukan untuk sehari adalah lebih kurang 1 kg. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan ke dalam plot / bekas ternakan. Ini bermakna proses pembiakan telah berlaku & akan meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu kita perlu pastikan makanan asas yang akan digunakan perlulah sentiasa ada & sedia untuk digunakan.
Membiak Dengan Cepat
Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji kapsul kokon dalam setahun di mana setiap kapsul kokon dianggarkan mengandungi 3-4 ekor anak cacing. Dianggarkan boleh membiak sekali ganda selepas 3 bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan