Isnin, 18 Ogos 2008

Effective Microorganisms

Singkatan nama ‘EM’ bermaksud ‘Effective Microorganisms’ atau bacteria baik. EM-1 adalah hasil mikrob pelbagaiguna. EM-1 mengandungi microorganisms hidup yang akan membiak sekiranya terdapat makanan dan persekitaran yang sesuai. Oleh itu, anda sendiri boleh mengaktifkan dan menambah populasi EM-1. Ini menunjukkan bahawa EM-1 adalah produk yang ekonomikal dari segi penggunaan dan kos.

Dalam aplikasi EM-1, penambahan kepadatan mikrob yang berguna ke dalam medium seperti tanah, air dan bahan organic adalah kunci untuk kejayaan EM-1. Oleh itu, dengan mengaktifkan EM-1 (Activated EM-1) adalah sangat ekonomi untuk penggunaan berskala besar dan hasilnya kita akan mendapat EMAS (EM-Activated Solution).

Kelebihan menggunakan EM-1 untuk penguraian ammonia. Ammonia adalah bahan antioksida, ia mereputkan dan menggalakkan pertumbuhan mikrob pathogen. EM mempunyai kesan antioksida yang kuat ke atas najis binatang. Kesan antioksida ini akan melawan pereputan dan menghalang bau busuk. Tambahan pula EM terbukti menggalakkan pertumbuhan mikrob berguna yang mana akan menghalang pertumbuhan bacteria pathogen.

Terdapat di dalam minuman yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.

Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?

Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.

Penggunaan dan perancangan berterusan EM yang betul dari peringkat awal membantu operasi ternakan lebih berkesan dengan kos yang minima.Untuk penternakan cacing, saya akan cuba share pengalaman saya menggunakan EM-1 atau yg telah diactivatekan (PROBAC) untuk rujukan penternak-penternak lain. Untuk rendaman tinja kambing, kami menggunakan nisbah 1:50 untuk nyahbau dan nyah ammonia. Untuk habuk papan juga kami menggunakan EM iaitu dengan nisbah 1:50 untuk nyahbau dan pereputan yang lebih cepat semasa cacing makan media. Untuk siraman kepada media cacing adalah 1:500. Selamat mencuba!

Tiada ulasan: