Ahad, 17 Ogos 2008

VERMIKULTUR DAN VERMIKOMPOS

Vermikultur atau budidaya cacing adalah penternakan cacing dimana kita menternak untuk mendapatkan hasil baja dan hasil dari cacing itu sendiri. Ia digunakan dalam bidang kosmetik, perubatan atau farmasiutikal. Vermicasting adalah 100% tinja cacing. Vermikompos adalah campuran bahan buangan cacing (casting) dan sebahagian bahan organik separa mereput dipanggil baja kompos. Ada banyak sumber pendapatan dari projek vermikultur ini, di mana pada masa sekarang kebanyakkan penternak akan mendapat hasil yang pertama iaitu baja organik / baja kompos. Melalui pengalaman dan khidmat nasihat dari pelajar UPM, penghasilan baja kompos yang baik adalah dengan mengamalkan penternakan 1kg cacing memakan 1/2 kg media dalam masa satu hari. Kita akan memperolehi vermicasting iaitu 100% hasil buangan cacing. Dalam pemerhatian kami, warna casting akan lebih gelap dan hasil buangan cacing akan lebih banyak. Ditambahkan lagi dengan semburan EM seminggu sekali, baja kita akan berkualiti. Di bawah adalah perbezaan vermicasting di mana yang cerah itu adalah pemakanan 1kg media satu hari dan yang gelap itu adalah pemakanan 1/2kg media satu hari.

Tiada ulasan: