Ahad, 17 Ogos 2008

Potensi Ternakan Cacing

Bidang ternakan cacing ( vermiculture ) adalah satu bidang baru di Malaysia & belum diterokai sepenuhnya. Bidang ini semakin hari semakin berkembang & mula mendapat perhatian masyarakat.

Potensi ternakan cacing adalah seperti berikut :

1-Hasil utama adalah baja organik vermikompos - baja organik bermutu tinggi yang mesra alam & sangat sesuai untuk semua jenis tanaman. Dijual pada harga RM 4.00 - RM 7.00 per kg di pasaran. Harga pukal bagi baja organik vermikompos adalah RM 2.50 per kg. Bagi tawaran belian balik dari pembekal, harga yang ditawarkan sekitar RM 1.00 - RM 2.00 per kg.

2-Penghasilan baja organik cecair ( vermi tea ). Harga jualan sekitar RM 10.00 - RM 15.00 per liter.

3-Benih & induk cacing. Harga pasaran RM 450.00 - RM 600.00 per kg untuk tawaran belian balik hasil ternakan oleh beberapa pembekal. Terdapat juga pembekal yang menawarkan harga sekitar RM 70.00 - RM 100.00 per kg tanpa tawaran belian balik.

Bagi tawaran pembelian balik, harga belian yang ditawarkan oleh syarikat kami kepada penternak adalah sekitar RM 300.00 per kg.

4-Cacing sesuai dijadikan makanan tambahan berprotein tinggi & kandungan asid amino yang baik untuk tumbesaran haiwan ternakan.

5-Bahan tambahan untuk produk kosmetik & farmaseutikal / perubatan. Produk berasaskan cacing untuk tujuan kosmetik & farmaseutikal / perubatan terdapat di pasaran luar negara seperti China & Indonesia. Beberapa syarikat tempatan telah memulakan program R&D bagi penghasilan produk berasaskan cacing.

6-Terdapat pengusaha ternakan cacing yang menyediakan penjualan bekas, rak & peralatan sokongan untuk ternakan cacing. Rak kayu 3 tingkat dengan ukuran setiap tingkat 4 kaki x 2 kaki dijual pada harga RM 120.00 - RM 150.00 per unit. Antara peralatan sokongan pula seperti penyukat suhu, kelembapan & pH, alat pengayak baja & mesin pengisar.

7-Penjualan medium / bahan makanan juga boleh dijadikan pendapatan tambahan untuk pengusaha ternakan cacing. Dijual pada harga RM 1.50 per kg.

Tiada ulasan: