Ahad, 17 Ogos 2008

Spesis Cacing Kompos

Cacing yang sesuai untuk aktiviti ternakan bagi penghasilan baja organik vermikompos dipanggil cacing kompos. Antara spesis cacing yang sesuai diternak bagi tujuan pengkomposan sisa buangan organik di Malaysia adalah :

1-Cacing Merah ( Red Worm / Lumbricus Rubellus )
2-Cacing Harimau ( Tiger Worm / Eisenia Fetida )
3-Cacing Biru ( Blue Worm / Peronyx Exvacatus )
4-Cacing Africa Nightcrawler ( Eudrillus Eugeniae )
5-Pheretima Elongata

Cacing kompos biasanya tinggal di dalam tinja ternakan, timbunan kompos & bahan tumbuhan yang kaya dengan sisa organik.

Cacing tanah yang biasa kita lihat atau cacing taman / cacing padang adalah jenis cacing yang tinggal di dalam tanah dengan membina terowong & lubang-lubang dalam tanah. Cacing jenis ini tidak sesuai untuk tujuan penghasilan vermikompos.

Manafaat Ternakan Cacing

Fungsi utama cacing kompos adalah bertindak sebagai agen pengkomposan dalam proses teknologi pengkomposan sisa buangan organik dengan hasil akhir adalah baja organik vermikompos.

Manafaat Ternakan Cacing Kepada Pengguna Persendirian / Penternak Skala Kecil

Mengurangkan sisa buangan organik dari isi rumah, sisa dapur & sisa laman.
Kitar semula & menambah nilai sisa buangan tersebut kepada baja organik bermutu tinggi.
Baja vermikompos yang dihasilkan digunakan untuk tanaman di sekitar laman rumah.


Manafaat Ternakan Cacing Kepada Penternak Haiwan - Kambing, Biri-Biri & Lembu

Menyelesaikan masalah pelupusan sisa buangan ternakan. Tinja ternakan digunakan dalam usaha penghasilan baja organik vermikompos.
Meningkat tumbesaran haiwan ternakan dengan menjadikan cacing sebagai makanan tambahan haiwan ternakan.
Menambah sumber pendapatan melalui penjualan baja organik vermikompos & cacing.

Manafaat Ternakan Cacing Kepada Pengguna Pekebun / Peladang

Menyelesaikan masalah kekurangan bekalan baja & peningkatan harga baja kimia.
Menghasilkan baja organik untuk kegunaan ladang & lebihan baja dijual.

Tiada ulasan: