Isnin, 18 Ogos 2008

Ekstrak Cacing Tanah

Kesan Antipiretik Ekstrak Cacing Tanah..!
• Cacing tanah di dunia telah teridentifikasi sebanyak 1.800 spesies. Dari jumlah tersebut, ada dua spesies yang popular diusahakan, iaitu Lumbricus rubellus (dikenal dengan cacing merah) dan Pheretima aspergillum (cacing organik), yang banyak digunakan dalam perubatan.
L. rubellus telah banyak dibudidayakan di Indonesia, sedangkan Pheretima belum banyak dibudidayakan.
Jika kita pergi ke kedai ubat cina di indonesia untuk mencari ubat demam atau tifus, penjual akan menyarankan supaya menggunakan cacing kering untuk direbus dan diminum airnya, atau kalau tidak suka dengan baunya yang cukup memualkan, kita boleh makan cacing ini dalam bentuk kering yang sudah dimasukkan dalam kapsul.
Cacing kering yang diberikan itu adalah jenis cacing L.rubellus dan Ph. aspergillum. Cacing tanah menarik perhatian kerana dalam keadaan yang buruk sekalipun mereka boleh bertahan hidup.
Di Indonesia dan negara-negara lain seperti India, media vermikultur yang popular adalah dengan otoran lembu. Dari hal itu pasti cacing tanah memiliki antibodi yang unik dalam tubuhnya yang mampu mempertahankan dirinya dari keadaan yang buruk iaitu di dalam kotoran dan mungkin dapat dimanfaatkan untuk kebaikan manusia.
Kandungan kologen kimia cacing tanah memang unik. Kadar protein cacing tanah sangat tinggi, yaitu 58 peratus sehingga 78 peratus daripada cacing yang telah dikeringkan (lebih tinggi daripada ikan dan daging) yang dikira dari jumlah nitrogen yang terkandung di dalamnya.
Selain itu, cacing tanah rendah lemak, yaitu hanya 3 peratus sehingga 10 peratus sahaja. Protein yang terkandung dalam cacing tanah mengandung asid amino esensial dan kualitinya juga melebihi ikan dan daging.
Oleh kerana itu, di Jepun, Hungari, Thailand, Filipina, dan Amerika Syarikat, cacing tanah sudah dimanfaatkan sebagai bahan makanan manusia selain digunakan sebagai ramuan ubatan untuk pencegahan dan perubatan dan kosmetik serta farmaseutikal.

Tiada ulasan: