Selasa, 19 Ogos 2008

Penternakan cacing kompos

Produk Dari Ternakan Cacing



Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri)

dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut). Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut....

. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak keci.

Pengetahuan tentang penternakan cacing di Malaysia boleh dikatakan agak relatif. Di Malaysia, cacing sudah dikenali sejak zaman nenek moyang kita lagi di mana mereka menggunakan cacing sebagai ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Pengetahuan tentang cacing semakin lama semakin berkembang dengan kajian-kajian yang dilakukan baik oleh individu mahupun jabatan berkenaan. Dari sini terbukti bahawa manfaat cacing ternyata sangat banyak.

Cacing merah atau nama saintifiknya Lumbricus Rubellus merupakan jenis cacing yang diternak oleh Nas Usaha Maju Enterpise. Cacing jenis ini mempunyai bentuk tubuh yang pipih dan mempunyai tanda kekuningan dihujungnya. Jumlah segmen adalah sekitar 90 hingga 195 di mana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32.

Cacing ini memiliki tubuh yang kecil tetapi apabila diternak secara intensif saiz tubuhnya boleh membesar menyamai jenis cacing yang lain. Gerak cacing ini lambat dan sering diam apabila dipegang.

Cacing merah ini digunakan untuk penghasilan baja kompos, farmaseutikal, dan juga kosmetik.

Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Dalam bidang farmaseutikal pula, cacing digunakan sebagai ramuan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, Rheumatic, dan Thipus. Protein yang ada dalam cacing digunakan dalam kosmetik untuk menambahkan kualiti produk tersebut dan dapat tahan lebih lama.

Cacing ini boleh diperolehi di NAS Usaha Maju Enterprise dan cawangan-cawangan dengan harga RM450/kg. Pihak Syarikat akan membeli balik cacing dengan harga RM300/Kg pasaran.

Tiada ulasan: